20 January 2011

*jodoh atau cinta

Tengku Iman Umairah...gadis yang jarang sekali menggunakan gelaran "tengku" di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. dibenci oleh ibubapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang turut mencederakan Dato' Arif, bapa mentuanya.
wlupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. rasa rindu, marah, geram, sayang bercampur aduk setiap masa. apabila Iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. iman pula, apabila Danish bermesra dengan Maya, si gedik yang menyesakkan, dia akan berjauh hati. masing2 saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
saat cinta bukan milik mereka, jodoh mengikat mereka. kala hati berirama cinta, jodoh seolah-olah bukan lagi milik mereka. jodoh atau cinta?yang mana hak mereka?
jom baca novel popular ni. ceritanya yang penuh konflik di selangi gimik2 cinta yang boleh membuatkan khalayak pembaca tersenyum sendiri (xspecialy pmpuan)..hahhaha **Aiman yg romantik =) like it!!!!

No comments:

Post a Comment

Followers