20 January 2011

*jodoh atau cinta

Tengku Iman Umairah...gadis yang jarang sekali menggunakan gelaran "tengku" di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. dibenci oleh ibubapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang turut mencederakan Dato' Arif, bapa mentuanya.
wlupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. rasa rindu, marah, geram, sayang bercampur aduk setiap masa. apabila Iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. iman pula, apabila Danish bermesra dengan Maya, si gedik yang menyesakkan, dia akan berjauh hati. masing2 saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
saat cinta bukan milik mereka, jodoh mengikat mereka. kala hati berirama cinta, jodoh seolah-olah bukan lagi milik mereka. jodoh atau cinta?yang mana hak mereka?
jom baca novel popular ni. ceritanya yang penuh konflik di selangi gimik2 cinta yang boleh membuatkan khalayak pembaca tersenyum sendiri (xspecialy pmpuan)..hahhaha **Aiman yg romantik =) like it!!!!

*LakTut oH LakTut

kali ni aku nk tnjuk kt korang 1 mknan laut iaitu laktut tp nm saintifiknya aku xsure la. laktut ni sjenis rumpai laut yg bleh dimakan mngikut musim (slunya musim timur/kemarau). klu musim tgkujuh laktut xde kt kdai laa..hehe
bnde alah nih memg sedap klo mkn cm2 sje atau pn dmakan bsama sambal kelapa a.k.a nyiur (utara pnya loghat). rsnya masin2 ckit tp memg best =)
kpd mmber2 yg nk try jom dtg lgkwi@kg aku.klu ade rezeki dpt la mamam bnde nih ok?

22 December 2010

*ala2 nasi ambeng ^__^

tanggal 19 Disember 2010 jam 8.20 malam....
menurut my roomate iaitu cik tusilawati, nasi ni jz mcm nasi ambeng (mknan org jawe). macam2 lauk ada dalam nih. nasi putih, telor, ikn masin, bhun goreng, tempe goreng, kerabu pucuk ubi dan kacang goreng. memang hebat lah =)
1st time aku makan mknan cmni. sedap jgaklah..kat tempat aku memg xdela cmni.

13 November 2010

*1st day kt umah@kg ^__^

1st day kt umah..................................best sgt=)
pas ni b'mula lah kegiatan aku tok siapkn proposal latihan ilmiah a.k.a tesis yg t'gendala ri2..huhuuu

1st day kt umah..................................
xtiviti kt umh masak nsi goreng=) *sodap kot>>mreka2 yg mkn 2 ckp sodap jeh..hehehe
lunch masak ketam b'cili *my fav..mau trangkat abeh wa ckp luu=p
dh lama xmemasak ni rs t'gugat la jgk ble try masak blik..
thankz mak sb tlg zyla masak td~~mak yg pling best sx..muahhhh3x =p
xlupa pd ayah sb tlg bli kn ketam2 td..cyg ayah jgk...muaaaaahh=p

06 November 2010

*lelaki itu....

dialah penawar
dialah racun
dialah pengubat luka
dialah pencipta duka

*lelaki itu...

beraninya di luar batasan
segala perkara ingin di capai
hakikat sebenar dalam gapaian
tak tercapai tangan xsampai

*lelaki itu...

membisu saban hari
tak terungkap rasa hati
hari demi hari
dibiar sepi sendiri

*lelaki itu...

aku lemah tanpa kata
aku lemah tanpa rasa
aku lemah dalam sengsara
aku lemah kerananya......>>lelaki itu~~


03 November 2010

*sireh junjung =) 4 my cousin~~

*budi bahasa budaya kita???

masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan adat/adab sopan santun yang diamalkan sejak dahulu lagi. tapi tidak semua orang dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
~~hurmm~~
hari ni terjadi satu peristiwa yang xspatutnya berlaku kpd kami sbg pelajar yang mahu mencari bahan rujukan di sebuah library ***** (skemanye ayt waa.. =p)
critanya cmni>> ade la sorg akk nih(myb ptt pgl mkcik kot) layn mmber aku mcm org yg buat salah??haishh..xptt2.juz g nk mntak kunci je pn xkn la smpai nk sindir2 ksalahan yang ktorg xbuat..bnde 2 ilang dh lame kot..adussss
org len yg buat org len yg tggung..mmber aku punye la bengang smpai skrg msih hangin lg 2..huhuuu*ngah relax tau..sory tau sb ajk teman g sane td..xsgke nk jd cm2..huhuu
*moral of de story= jgn dok sindir2 org lain klu bnde 2 bukn ktorg yg buat!!! lg 1..tetamu spttnya dlayan dgn baik bukn dgn sindirn cm2...

02 November 2010

my life@ukm *SUKEM


tahun ni aku join olahraga lagi (wakil kolej jeh..)
kire hebat gak la sb training 3 ari jah~~toink..toi
nk~~
xpnh dbuat org..kesan pas event 2 kekangkangan lah aku mcm robot. seksa gle nk gerak +2 ble bjalan *moral of the story>>nk maen sukan ape pn training la ckup2...kang bg effect kt dri sndri..spe sush??dri sndri la jgak mnanggungnya...kueng3x =p

tetiba je lapar benda alah nih~~nyumm2=)

rndu nak makan nasi lemak yg mak buat..perrgghhh~~sodap xterkata lah ^__^ hihiii...aku paling suka bla nsi lemak mkan bersama sambal telor+smbal ikan bilis ke+++ lah...

setahun b'lalu......

perrrgghhh..dh dekat stahun kot aku xupdate blog nih =p
huhuuu~~myb kwn2 yg lain dh lupa dh blog aku nih..kueng3x (X__x)
xpelah..mulai rni aku akn rajin2 update ini blog (klu free la)...biasa la dlm ksibukan sbg seorg mahasiswa sememgnye bz sokm0
hurmm..klah nt2 la aku mnulis smething yg happening ckit lam nih..time 2 tdoq..zzZzzZzZzzzZz

25 October 2009

13 October 2009

JOG...GING...JOG

Fuuhhhh..... Penatnya...
Inilah aktivitiku dikala sebelum senja merangkak tiba. Berjoging. Aku akan berjoging setiap petang jika tiada aral yang menghalang. Di tepi tasik kejuruteraan tumpuanku. Bagi aku, sudah menjadi kebiasaan berjoging di waktu petang. Ia adalah untuk meningkatkan kekuatan stamina dan kesihatan. Aku adalah bekas atlet dan olahragawati sekolah dan pernah ditabalkan sebagai atlet terbaik daerah. Tapi, itu semua hanya tinggal memori yang terpahat kekal dalam lubuk hati. Namun, minatku kepada olahraga tidak luntur biarpun aku diletakkan sebagai seorang pelajar sastera. Realitinya sekarang aku tidaklah seaktif dulu. Natijahnya, Hang Tuah. Akanku adun dan uli kisahmu menjadi resepi baru. Hang Tuah@Olahragawan???

12 October 2009

ILHAM OH... ILHAM!!!


Setelah sekian lama aku berfikir, merenung, melihat, mengamati, mencari akhirnya aku berjaya mendapat idea untuk melakar dan membuat coretan berhubung dengan Hang Tuah. Sekali pandang dirasakan agak mudah. Namun, pabila dipandang kedua kalinya naluri akalku menidakkannya. Buntu. Ungkapan yang sukar diterjemah jika tidak dituruti dengan ulas-ulas buah fikiran yang ranum. Realitinya kini, ilham berkunjung tiba melengkapi ruangan sunyi fikiranku. Tuah. Nama yang sering menjadi igauan siang dan malam. Keterlibatannya dalam bidang sukan olahraga menjadi tumpuan fokusku.....

03 October 2009

kasih seekor monyet


sekali pandang
dia umpama meroyan
tidak kira apa jadi perhatian
pasti dimiliki apa jua keadaan
menggendong anak ke hulu ke hilir
tanpa menghiraukan situasi realiti
dibelai diusap tak berbelah bahagi
anak ditenung bak milik hakiki.

11 September 2009

kegemaranku

TAT NENAS GULUNG

Bahan-bahan ( 150 Biji )
100 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
20 gm tepung Kastard
150 gm buttercup/planta
2 biji kuning telur
Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla
Bahan untuk Intinya:
Sebiji nenas
gula secukupnya
Pewarna kuning

Cara-cara membuatnya;
Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.
*Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum.

*Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.
Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C.
*Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair.

Followers